Friday, August 28, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Gambar fail: Sambutan Kemerdekaan SKLK tahun lalu.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2009.
Sambutan Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERPUASA




Selamat bercuti dan selamat berpuasa diucapkan kepada semua guru dan kaki tangan SKLK.


Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.Rasulullah s.a.w. bersabda:Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.


2) Makan sahur walaupun sedikit.Rasulullah s.a.w. bersabda:Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.


3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.


5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.


6) Memperbanyakkan sedekah.


7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.


8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.


9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.


10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Monday, August 17, 2009

H1N1.....SEMAKIN TENAT DAN MEMBIMBANGKAN?

Kehadiran pelajar pada hari ini sungguh menggalakkan.


Walaupun gempar seketika apabila pada 5 Ogos yang lepas, sekolah diarahkan tutup.

Dan pada hari ini, akhbar melaporkan bahawa serangan virus ini semakin membimbangkan.
Dan......apakah tindakan kita untuk mengekang virus ini? Dan sedikit timbul persoalan bahawa mungkin banyak yang dijangkiti virus ini hanya bangsa tertentu sahaja.
Bagaimana kita hendak mengelakkan virus ini?
1. Menggunakan penutup hidung ( amat mengecewakan di kalangan pelajar SKLK)
2. Kerap membasuh tangan selepas beberapa sentuhan seperti tombol tandas, pintu atau pagar.
3. Kurangkan aktiviti luar yang melibatkan ramai orang.
4. Dapatkan rawatan awal apabila terdapat tanda dijangkiti.

17 OGOS....SKLK SEMAKIN PULIH?

Kehadiran pelajar pada hari Khamis dan Jumaat selepas sekolah sangat membimbangkan. Contohnya seperti di bawah, hanya 4 pelajar yang hadir dalam kelas 1M daripada 20 lpelajar.


Pada hari ini, 17 Ogos, keadaan semakin pulih dengan semakin ramai pelajar hadir dan disahkan bebas daripada demam. Walaubagaimanapun, sedikit mengecewakan apabila masih ramai pelajar yang gagal memakai topeng muka walaupun hari ini wabak H1N1 dalaporkan semakin tenat.



Wednesday, August 12, 2009

H1N1.....SELEPAS SEKOLAH DIBUKA.....MASIH RAMAI YANG DEMAM



Beberapa orang guru sedang memeriksa kesihatan pelajar di hadapan pintu masuk SKLK.

Pemeriksaan kesihatan di hadapan sekolah semasa murid datang ke sekolah pada hari ini, 12 Ogos, masih ramai pelajar yang mengalami demam dan diarahkan pulang.

Adalah dinasihatkan supaya murid yang demam agar tidak hadir ke sekolah dan menjalani kuarantin di rumah di bawah pengawasan ibu bapa.

Berita hari ini,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Kepada semua cikgu, harap ambil tindakan segera!

Manakala kehadiran pelajar pada hari ini pula merosot teruk. Beberapa kelas mancatatkan kehadiran yang amat sedikit.

Tuesday, August 11, 2009

HARI INI....12 OGOS....SEKOLAH DIBUKA DAN H1N1 SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Apabila WHO tidak lagi mengemaskinikan data kematian akibat serangan H1N1......maka saya teringat tentang kerajaan Indonesia yang mula menghentikan pengiraan manusia yang terkorban akibat serangan tsunami 2006 kerana bilangan yang terlalu banyak.

Apakah tindakan kerajaan untuk menghentikan penyebaran wabak ini?

Adakah cukup dengan sekadar memberi cuti persekolahan lebih awal?

Dan hari ini, 12 Ogos, angka kematian dari wabak pembunuh ini sudah menjangkau 42 dan jangkitan harian kini melepasi angka lebih 200 sehari. Sesuatu yang amat serius sedang melanda negara kita.

Bagaimana H1N1 berjangkit?

Terdapat dua cara. Pertama, komunikasi dengan pembawa virus pada jarak 3 kaki. Virus akan berpindah tanpa disedari. Oleh itu, adalah penting untuk memakai penutup hidung untuk mengelakkan jangkitan ini.

Tetapi, ini bukanlah cara terpantas untuk virus ini membiak. Kebanyakan jangkitan adalah dari sentuhan. Tangan pembawa virus yang menyentuh sesuatu seperti pemegang getah tangga escalator misalnya, dan kita menyentuh tempat yang sama, dan seterusnya mengesat mata, mengesat hidung atau menutup mulut semasa bersin akan menyebabkan kita dijangkita virus tersebut.

Sebuah kilang Jepun di Kulim misalnya, telah mengarahkan agar pekerjanya agar meminum lebih banyak air kelapa untuk mengelakkan virus ini. Dan arahan ini datangnya dari pengurusan kilang tersebut di Jepun.

Kita mungkin tidak merasa apa-apa, sehinggalah tiba-tiba kita berasa seperti hendak demam, agak sukar bernafas, dan kita juga batuk tanpa kahak. Masa itulah peluh jantan betina kita akan keluar sambil memikiran nasib diri.

Oleh itu, saya mohon, semua warga SKLK agar kita dapat bertindak dengan sewajarnya, dan melakukan sesuatu, agar virus pembunuh ini dapat dihindarkan.

Penulis artikel: Mahadi b Abd Aziz

Friday, August 7, 2009

TERKINI.....H1N1....SKLK DALAM LAPORAN BERITA STAR

Jumaat Ogos 7, 2009

Sebuah bank, lima sekolah ditutup elak wabak H1N1

KUALA LUMPUR: Sebuah bank di sini dan lima sekolah, dua di Pulau Pinang, dua di Kelantan dan sebuah di Perak diarahkan tutup semalam sebagai langkah membendung penularan wabak Influenza A(H1N1).
Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Taman Len Seng ditutup selama dua hari ekoran seorang daripada kakitangannya disahkan positif H1N1.
Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Prihatin dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata dua sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Butterworth dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Kepar, Kepala Batas diarah tutup selama seminggu mulai semalam.
Beliau berkata setakat ini 41 institusi diarah memberhentikan operasinya akibat pandemik itu.
Katanya oleh kerana 60 peratus kes adalah jangkitan tempatan, semua kes yang ada simptom H1N1 akan diberi perhatian bagi memastikan pesakit tidak bertambah teruk.
Di Perak, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu diarah tutup selama seminggu berkuatkuasa semalam ekoran 24 pelajarnya dikesan menghidapi simptom wabak H1N1.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerja-kerja pembersihan akan dilakukan bagi memastikan sekolah itu benar-benar sihat.
Dalam pada itu, beliau berkata wabak Influenza A(H1N1) di negeri itu terus meningkat dengan pertambahan 10 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 90 kes sehingga pukul 8 pagi semalam.
Di Kelantan, dua sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Naim Lilbanat di Kota Baharu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, diarah tutup semalam selama seminggu ekoran penularan wabak H1N1 yang menjadikan ia kes pertama membabitkan penutupan sekolah di negeri ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Mohd Ghazali Ab Rahman berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Jabatan Kesihatan Kelantan semalam yang telah mengadakan perbincangan dengan pentadbiran sekolah untuk melaksanakan arahan menutup sekolah berkenaan.
Beliau yang melawat Sekolah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat berkata seorang pelajar perempuan sekolah itu disahkan dijangkiti H1N1 manakala seorang lagi dari SMK Bachok yang disyaki turut dijangkiti virus itu masih belum dapat disahkan, katanya.
Katanya beliau meminta pelajar dan ibu bapa agar tidak panik berhubung penutupan sekolah terbabit sebaliknya meminta supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan turut dijangkiti wabak itu.
Apa yang penting ibu bapa perlu memantau perkembangan kesihatan anakanaknya dan jangan panik sehingga tidak tahu untuk menghadapi situasi kecemasan dengan sewajarnya.
Dalam pada itu, Alimuddin berkata Kementerian Pelajaran membelanjakan RM2.6 juta untuk membekalkan topeng muka dan penyukat suhu (termometer) di semua sekolah kendaliannya sebagai usaha menghalang penularan wabak H1N1.
Katanya, semua pengetua sekolah diarah melakukan pemeriksaan terhadap semua pelajar semasa perhimpunan harian dan pelajar yang suhu badannya melepasi 37 darjah celsius akan diarah pulang.
"Sehingga bulan lepas, 97 sekolah telah diarah tutup akibat penularan selesema babi dan langkah pencegahan yang paling ketat kini dilaksanakan bagi membendung penularan wabak tersebut di sekolah-sekolah," katanya.
Mengenai lima peperiksaan penting yang dijangka terjejas jika wabak ini terus merebak, Alimuddin berkata Kementerian Pelajaran mempunyai langkah kontingensi tersendiri untuk menangani masalah berkenaan.
Katanya, jika bilangan pelajar terlibat tidak ramai, mereka boleh mengambil peperiksaan di hospital dan jika jumlahnya besar, pelajar itu akan diasingkan di bilik peperiksaan lain di sekolah terlibat.
Jika jumlah pelajar terlalu ramai, sekolah terbabit akan diberikan cuti tetapi pelajar perlu terus mengambil peperiksaan mereka.
"Sehingga kini, tiada arahan untuk mengawal atau menunda peperiksaan tersebut. Semua akan berjalan mengikut jadual," katanya.
Lima peperiksaan penting itu adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).
Seramai 77,000 guru dijangka terlibat dalam mengendalikan kesemua peperiksaan berkenaan yang mengambil masa selama 28 hari keseluruhannya. BERNAMA

GEMPAR!!!!!....H1N1.....SKLK DIARAH TUTUP.

Berita yang diterima, SKLK talah diarahkan tutup sehingga hari bermula hari Khamis, 6 Ogos hingga Selasa, 11 Ogos.

Bilangan kematian H1N1 diseluruh Malaysia pula meningkat ke angka 15.

H1N1........PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR





Apabila semakin ramai pelajar dijangkiti demam, maka pihak sekolah terpaksa memanggil klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan ke atas pelajar.


Pelajar diasingkan dalam kumpulan yang mula mengalami demam dan yang baru pulih daripada demam. Apabila tinjauan dijalankan.......didapati pelajar yang mengalami demam terlalu ramai bilangannya........ada yang hampir separuh daripada kelas.

AWASI ......H1N1....LANGKAH MULA DIAMBIL


Langkah pencegahan H1N1 mula di ambil apabila semakin ramai pelajar mengalami demam.......bilangan yang agak banyak.....dan sedikit membimbangkan.

WAKAF MINDA......SATU EVOLUSI

Cikgu Hasniza nampaknya lebih berselera makan di kawasan makan yang baru.

Bumbung Wakaf Minda yang sudah siap.

Bumbung yang hampir siap. Hmmmm....lambat jugak.




Wakaf Minda mula dibina pada penghujung 2008 dan akhirnya siap Mac 2009.

HADIRNYA GURU BESAR YANG BARU.....EN AZMI BIN OMAR


Akhirnya, SKLK ada guru besar. Beliau adalah En Azmi bin Omar yang sebelum ini bertugas di SK Sungai Duri.

Beliau mula bertugas di SKLK pada 22 Jun 2009.

JAMUAN MAKAN DI DEWAN MILLENIUM

Cikgu-cikgu SKLK sedang berposing dulu sebelum makan..........


Jamuan makan malam khas telah diadakan di Dewan Millenium khusus kepada guru-guru Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Guru Besar Baru, En Azmi bin Omar turut hadir dengan isterinya.

KDP OUM 14 MINGGU

Suasana dalam dewan semasa Kursus 14 Minggu di Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Beberapa orang guru telah mengikuti Program Pengijazahan Guru dengan kursus permulaan selama 14 minggu.

Antara guru yang telah mengikuti kursus ialah

1. Safri bin Othman
2. Azli bin Othman
3. Ramlah bt Ahmad
4. Noreha bt Ahmad
5. Monazawati bt Mohamad
6. Abd Rahman bin Hassan
7. Mahadi bin Abd Aziz
8. Azman bin Mohd Nor

Manakala Che Fathaiyah pula mengikuti program PGSR di MPPP.
. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute